Brain Food

Otak adalah organ terbesar dan paling kompleks dalam tubuh badan manusia. Ianya terdiri daripada lebih 100 billion saraf dan berfungsi mengawal fikiran, logik, pergerakan, pernafasan, hormon, deria (rasa, bau, pendengaran dan penglihatan), keseimbangan badan dan memori [1]. Ia bagaikan enjin utama dalam mengawal keseluruhan tubuh badan. Oleh itu, kesihatan otak adalah sangat penting dalam memastikan tubuh badan yang sihat. Artikel ini akan membincangkan nutrisi yang diperlukan oleh otak, makanan yang dapat memberikan nutrisi tersebut, dan makanan yang telah terbukti secara klinikal dapat membantu dalam memberikan otak yang sihat dan cerdas.

 

Nutrisi Yang Diperlukan Oleh Otak

 

1. Glukosa

Glukosa adalah salah sejenis gula yang digunakan oleh badan sebagai punca utama tenaga [2]. Otak memerlukan jumlah tenaga yang tinggi dek kerana jumlah sel neuron yang banyak [3]. Glukosa diperolehi dari karbohidrat yang dicernakan oleh badan [2, 3]. Walaubagaimanapun, jumlah glukosa yang tinggi dalam darah membawa keburukan kepada badan dan otak seperti kencing manis dan penurunan prestasi minda [2, 3]. Pengambilan karbohidrat adalah penting untuk tenaga kepada badan,walaubagaimanapun, pengambilan karbohidrat lebih daripada yang diperlukan oleh badan akan disimpan oleh tubuh sebagai lemak.

 

Punca utama glukosa adalah kanji seperti beras, gandum, jagung, kekacang dan kentang. Pengambilan kanji yang tinggi serat seperti roti wholemeal, beras perang, kekacang, kentang adalah lebih sihat berbanding pengambilan kanji yang telah diproses seperti roti putih, beras putih, gandum putih dan lain – lain. Banyak kajian menunjukkan pengambilan karbohidrat yang telah diproses berkait rapat dengan punca kencing manis dan kegemukan. Ini kerana karbohidrat jenis ini sudah kehilangan banyak nutrisi penting, menyebabkan badan menjadi cepat lapar dan mengidam lebih banyak karbodidrat [4]. Pastikan 45% sehingga 65% daripada sumber makanan harian kita terdiri daripada karbohidrat tinggi serat dan tidak diproses [5].

 

 

2. Protein Penting

Otak kita memerlukan asid amino untuk membina neurotransmitter, satu komponen penting bagi sel – sel neuron berkomunikasi bagi menjalankan fungsi otak yang sihat. Protein akan dicerna oleh tubuh kepada asid amino. Hormon dan enzim yang menyebabkan perubahan kimia dan mengawal semua proses badan juga dibuat daripada protein [6]. Protein akan dicerna oleh tubuh kepada sejenis asid amino, tyrosine. Ianya mendorong otak untuk mengeluarkan hormone norepinephrine dan dopamine yang boleh membuat badan rasa lebih bertenaga dan aktif. Manakala pengambilan karbohidrat pula menyebabkan hormone serotonin dirembes. Ianya menghasilkan perasaan tenang penting untuk tidur yang cukup, pembelajaran dan nafsu makan yang baik.

 

Sumber protein boleh diperolehi melalui ikan, kekacang, udang, ayam dan daging. Untuk pemakanan yang sihat, protein yang diambil hendaklah rendah lemak seperti udang, ikan, kekacang (soya, tofu, walnut dll), telur putih dan yoghurt, dan jumlah pengambilan protein adalah 10% - 35% daripada diet harian [5].

 

 

3. Lemak Baik

60% daripada otak manusia terdiri daripada lemak. Asid lemak penting (Essential Fatty Acids (EFAs)) diperlukan oleh badan untuk penyelenggaraan kesihatan yang optimum tetapi ianya tidak boleh disintesis oleh badan dan mesti diperolehi dari sumber makanan. Kajian klinikal menunjukkan pengambilan EFAs yang tidak seimbang menyebabkan kemerosotan prestasi minda dan punca penyakit. EFA jenis Omega-3 adalah penting dalam perkembangan otak manusia [7,8]. Omega – 3 terdiri daripada 3 jenis, ALA, DHA dan EPA. ALA dan DHA boleh diperolehi dalam makanan seperti ikan salmon, mackerel, sardine, trout, udang, siakap dan oyster. Manakala EPA pula boleh diperolehi melalui tumbuhan seperti flaxseeds, chia seeds, walnuts, rumpai laut dan soya [9].

 

 

4. Vitamin dan Mineral

Kajian menunjukkan kumpulan vitamin B, vitamin C, dan mineral penting untuk fungsi otak yang normal. Tambahan pula, kekurangan mana-mana vitamin ini boleh membawa kepada masalah perkembangan pada kanak-kanak dan penyakit psikiatri pada orang dewasa. Mikronutrien dalam diet harian adalah sangat penting untuk mengekalkan kesihatan otak anda dan ketangkasan mental [10]. Vitamin dan mineral yang cukup boleh diperolehi melalui pemakanan sayuran dan buah-buahan 7 warna iaitu kuning, oren, merah, putih, hijau, ungu, biru dan coklat.

 

 

Pemakanan Yang Terbukti Melalui Ujian Klinikal Dapat Membantu Fungsi Otak

 

1. Gingko Biloba

 

Doktor mula menggunakan Gingko Biloba kerana reputasinya dalam meningkatkan peredaran darah ke otak, walaubagaimanapun, kajian terkini menunjukkan ia boleh melindungi sel saraf dari kerosakan. Kajian klinikal juga menunjukkan keberkesanannya dalam melindungi dan menambahbaik fungsi minda, melawan anxiety, membantu mengurangkan migraine, menambah kualiti tidur dan membantu mengurangkan symptom dementia dan Alzheimer [11- 14]

 

 

2. Blueberries

 

Antioksida yang terkandung di dalam blueberries memberikan impak positif dalam kepada kawasan otak yang mengawal daya fikir. Kajian klinikal menunjukkan pengambilan blueberries selama 3 bulan membantu dalam meningkatkan memori dan daya fikir ke atas orang dewasa yang berusia lebih 60 tahun. Manakala ujian klinikal ke atas 16,000 orang dewasa selama 6 tahun menunjukkan penuaan mental dapat diperlahankan sehingga 2.5 tahun. Manakala ujian klinikal ke atas kanak – kanak berusia 7 – 10 tahun menunjukkan pengambilan blueberries dalam bentuk debu yang dicampur dengan air (jus blueberries) meningkatkan memori dan daya fikir mereka [15 – 17].

 

Berries dan Gingko Plus mengandungi Gingko Biloba dan Blueberries. Ia dirumus khas untuk menyokong fungsi otak yang sihat ! 

 

Rujukan:

[1] https://www.webmd.com/brain/picture-of-the-brain#1

[2] https://neuro.hms.harvard.edu/harvard-mahoney-neuroscience-institute/brain-newsletter/and-brain-series/sugar-and-brain

[3] https://www.webmd.com/diabetes/glucose-diabetes#1

[4] https://www.healthline.com/nutrition/good-carbs-bad-carbs#section2

[5] https://www.livestrong.com/article/528352-what-does-the-brain-need-to-function-nutritionally/

[6] https://www.psychologytoday.com/us/articles/200301/brain-power-why-proteins-are-smart

[7] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20329590

[8] https://www.ifbb.org.uk/food-and-your-brain/sugar-fat-and-brain-function/

[9] https://www.medicalnewstoday.com/articles/323144.php

[10] https://www.medicaldaily.com/6-vitamins-and-minerals-boost-brain-power-396091

[11] https://draxe.com/ginkgo-biloba-benefits/

[12] https://www.medicalnewstoday.com/articles/263105.php

[13] https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-333/ginkgo

[14] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3166615/

[15] https://www.healthline.com/nutrition/10-proven-benefits-of-blueberries#section8

[16] https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1013/blueberry

[17] https://www.semanticscholar.org/paper/Cognitive-effects-following-acute-wild-blueberry-in-Whyte-Schafer/522aecd092927076fa4ca880dfa4d73bd245d31b